SAYEMBARA AZAN AKADEMI MUAZZIN 2021

PENGENALAN SAYEMBARA AZAN


Sayembara Azan ( Pertandingan Azan ) ini merupakan pertandingan yang julung-julung kali diadakan yang dianjurkan oleh Akademi Muazzin bagi mencungkil bakat-bakat baru dan terpendam para peserta untuk melaungkan azan.

Program yang akan berjalan selama 14 hari ini Terbuka untuk seluruh warganegara Malaysia dan sebagai aktiviti yang bermanfaat dan santai sempena PKP 3.0 ini.

Peserta akan melalui ujian SARINGAN pada 7 hari pertama dan 10 peserta yang akan dipilih videonya untuk disiarkan di Channel YouTube Akademi Muazzin dan akan dipertandingkan di Peringkat AKHIR pada 7 hari berikutnya.

Peserta yang berjaya akan menerima hadiah wang tunai, hadiah iringan dan sijil penyertaan.

Diharapkan Sayembara Azan ini dapat membuka mata peserta untuk terus mengalunkan Azan dengan baik dan sesuai beserta adab-adabnya, sesuai dengan kedudukannya yang merupakan Syiar dalam Islam.

SYARAT UMUM


🔹Lelaki & Warganegara Malaysia.
🔸Mesti sertai peringkat SARINGAN sebelum ke peringkat AKHIR.
🔹Tiada had dan peserta boleh hantar lebih dari 1 video.
🔸Hanya 10 video yang terbaik sahaja akan dipilih oleh juri untuk ke Peringkat AKHIR.
🔹 WAJIB LIKE, dan Follow Page Rasmi Akademi Muazzin di Facebook dan di Channel YouTube.
🔸Video yang menampilkan azan yang bagus, Like dan View yang banyak juga mempengaruhi pemilihan juri.
🔹Video mesti PENUH.
🔸Azan mesti suara peserta sendiri.
🔹Peserta mesti post video dalam tempoh Sayembara Azan yang ditetapkan sahaja.
🔸Tiada Had Umur.
🔹Penyertaan PERCUMA.
🔸Sekiranya berlaku pelanggaran syarat, penyertaan boleh ditolak walaupun telah ke peringkat AKHIR.
🔹 Keputusan Juri Muktamad.

CARA MENYERTAI (PERINGKAT SARINGAN)


1️⃣ Rakam video Azan secara lanskap ( Melintang )
2️⃣ Siar video Azan di wall Facebook anda.
3️⃣ Pada Caption tulis NAMA PENUH, letak TAG @akademimuazzin dan letak HASHTAG #sayembaraazanakademimuazzin
4️⃣ Copy link posting video anda dan whatsapp ke 011-2323 5370
5️⃣ Ajak kawan-kawan share, like dan comment video anda.
6️⃣ Nantikan keputusan peserta yang berjaya ke peringkat AKHIR

CARA MENYERTAI (PERINGKAT AKHIR)


1️⃣ 10 video akan dipilih dan disiarkan di Channel YouTube Akademi Muazzin.
2️⃣ 10 Finalis mesti Share link video masing-masing ke medsos dan dapatkan VIEW dan LIKE. VIEW dan LIKE TERBANYAK akan menerima HADIAH MISTERI!!
3️⃣ Peringkat AKHIR berjalan selama 7 hari iaitu pada 16 hingga 22 JUN 2021.
4️⃣ 3 Pemenang akan ditentukan oleh Juri berpengalaman yang dilantik oleh Akademi Muazzin.
5️⃣ Pengumuman akan dibuat pada 25 JUN 2021 di Page Rasmi Akademi Muazzin.
6️⃣ Keputusan Juri adalah MUKTAMAD

HADIAH


🥇JUARA
Wang Tunai RM300.00 + Cap The Capal + Kopiah Muazzin + Sijil Digital

🥈 NAIB JUARA
Wang Tunai RM200.00 + Kopiah Muazzin + Sijil Digital

🥉 KETIGA
Wang Tunai RM100.00 + Kopiah Muazzin + Sijil Digital

KE - 4 hingga 10
Kopiah Muazzin + Sijil Digital

PENAJA


💠 Akademi Muazzin
💠 The Capal Sebelah HQ
💠 Sparky Enterprise

DAFTAR PERCUMA