parallax background

PENGSAS AKADEMI MUAZZIN

Tentang
Ustaz Zoul


Akademi Muazzin telah diasaskan oleh Al-Fadhil Ustaz Hazizul bin Haji Masdin, Bilal Masjid Negeri Selangor.

Mendapat pendedahan dan latihan awal dari ayahnya Muazzin di kariah Masjid Kampung Sungai Terap iaitu Tuan Haji Masdin bin Mohd Noor.

2003-2008 - Telah dilantik sebagai Muazzin Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri Selangor) ketika berumur 20 tahun dan merupakan Muazzin Termuda di Masjid Negeri Selangor. (2003-2008)

Bertugas selama 7 tahun di Unit Pengurusan Masjid Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Selangor. ( 2009-2016 )

Bertugas sebagai Muazzin di Masjid Daerah Kuala Selangor iaitu Masjid Jamek Sultan Ibrahim selama 1 tahun. ( 2016 )

Seterusnya dipanggil kembali bertugas di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Masjid Negeri Selangor). ( 2017 - Hingga Kini )

Menjadi Muazzin di Slot Panggilan Agung TV ALHIJRAH. ( 2017 & 2020 )