PENGAJIAN UTAMA BERSIJIL
AKADEMI MUAZZIN
2023
PENGENALAN PENGAJIAN
Modul PENGAJIAN UTAMA BERSIJIL AKADEMI MUAZZIN 2023 ini merupakan wawasan Akademi Muazzin, untuk membimbing bakal Muazzin mahupun Muazzin sedia ada, agar berketerampilan dan bersifat ‘Multitasking’ iaitu Muazzin yang serba boleh. Bukan sahaja mampu melaungkan azan dengan baik, malahan memiliki pelbagai kemahiran lain yang diperlukan oleh seorang Muazzin bagi memenuhi keperluan di kariah masjid dan surau, sesuai dengan slogan ‘Bukan Sekadar Azan’.
OBJEKTIF PROGRAM
ILMU
Menguasai ilmu teori dan praktikal berkaitan ilmu Pembilalan.
MUAZZIN
Mengasah bakat pelajar sebagai Muazzin yang berketerampilan dan ‘Multitasking’.
KERJAYA
Mengisi keperluan tenaga mahir kerjaya Muazzin dalam industri.
SINOPSIS PENGAJIAN
Modul merangkumi Teori, Praktikal dan Ujian Amali.
Tempoh pengajian adalah selama 30 minggu.
Pelajar perlu memenuhi jam kredit yang telah ditetapkan.
Pelajar disyaratkan Lulus Kesemua Ujian Amali.
Sesi pembelajaran berjalan selama 2 jam setiap minggu.
Jumlah jam kredit dan keputusan ujian akan dicatatkan dalam sijil.