PENGAJIAN BERSIJIL AKADEMI MUAZZIN BEGINNER HQ 2025

 
 

(1) PENGAJIAN BERSIJIL AKADEMI MUAZZIN ( BEGINNER ) 2025

πŸ”Ά Tempoh Pengajian : FEB hingga NOV 2025.
πŸ”· Hari : SABTU.
πŸ”Ά Masa : 9.00 PAGI - 11.00 PAGI.

SINOPSIS

Modul PENGAJIAN BERSIJIL AKADEMI MUAZZIN BEGINNER 2025 ini merupakan wawasan Akademi Muazzin, untuk membimbing bakal Muazzin mahupun Muazzin sedia ada, agar berketerampilan dan bersifat β€˜Multitasking’ iaitu Muazzin yang serba boleh. Bukan sahaja mampu melaungkan azan dengan baik, malahan memiliki pelbagai kemahiran lain yang diperlukan oleh seorang Muazzin bagi memenuhi keperluan di kariah masjid dan surau, sesuai dengan slogan kami β€˜Bukan Sekadar Azan’.

OBJEKTIF

βœ… Menguasai ilmu teori dan praktikal berkaitan ilmu Pembilalan.
βœ… Mengasah bakat pelajar sebagai Muazzin yang berketerampilan dan β€˜Multitasking.
βœ… Mengisi keperluan tenaga mahir kerjaya Muazzin dalam industri.

MODUL

Modul merangkumi teori, praktikal dan ujian amali. Sesuai untuk para Bilal yang sedang bertugas atau yang belum menjadi Bilal tetapi mempunyai minat untuk mendalami ilmu pembilalan. Apa yang pelajar bakal kuasai?

πŸ”… Mengetahui sejarah dan fiqh azan.
πŸ”… Memperbaiki sebutan lafaz azan.
πŸ”… Memahami penggunaan tarannum azan.
πŸ”… Menguasai ilmu vokal dan pernafasan dalam azan.
πŸ”… Menguasai teknik bilal solat jumaat.
πŸ”… Mengasah teknik bilal solat sunat tarawih.
πŸ”… Memahiri teknik bilal solat sunat hari raya.
πŸ”… Memahirkan diri menguruskan jenazah.
πŸ”… Menguasai ilmu berzanji dan marhaban
πŸ”… Memahami fiqh dan ilmu berkaitan tugasan imam.
πŸ”… Ujian penilaian.

Β 

TEMPOH
Tempoh pengajian adalah selama 36 minggu ( Pertemuan ) 9 Bulan

JAM KREDIT
Pelajar perlu memenuhi jam kredit yang telah ditetapkan.

SYARAT LULUS
Pelajar disyaratkan LULUS ke semua ujian amali.

SESI PEMBELAJARAN
Sesi pembelajaran berjalan selama 2 jam setiap pertemuan.

SIJIL
Jumlah jam kredit dan keputusan ujian akan dicatatkan dalam sijil.

DISIPLIN
Jumlah kehadiran dan waktu kehadiran akan dijadikan panduan markah disiplin yang akan dicatat pada sijil.

KONVOKESYEN
Semua pelajar layak ikuti Majlis Konvokesyen.

Β 

TENAGA PENGAJAR

πŸ”Ά USTAZ HAZIZUL BIN MASDIN
Bilal Masjid Negeri Selangor
Pengasas Akademi Muazzin

πŸ”Ά USTAZ PU SALMAN BIN MASKURI
Finalis Pencetus Ummah
Mudir Madrasah Darul Ilmi Kuala Lumpur

πŸ”Ά USTAZ NURUL HISAM BIN HUSSIN
Ketua Kumpulan Marhaban Masjid Negeri Selangor

πŸ”Ά USTAZ MOHD ZULHELMI BIN HASSAN
Pegawai Perkhidmatan Pendidikan KPM
Mantan Pengurus/Imam 1 Masjid Seksyen 7

πŸ”Ά USTAZ MOHD AZIZI BIN YAACOB
Imam Rawatib Masjid Bukit Jelutong

πŸ”Ά MEJAR (K) SITI HAJAR BINTI ISMAIL
Guru Vokal 12 Musim Akademi Fantasia AV Astro, GGV dll

πŸ”Ά SYEIKH ABDULKARIM OMAR AL-MAKKI ( Slot Khas )
Imam Masjid Negeri Selangor

CAWANGAN

1. HQ - Petaling & Klang
2. CAWANGAN 1 - Kuala Selangor & Sabak Bernam
3. CAWANGAN 2 - Sepang & Kuala Langat
4. CAWANGAN 3 - Hulu Langat & Gombak
5. CAWANGAN 4 - Hulu Selangor

SYARAT PENYERTAAN

πŸ“˜ Terbuka kepada LELAKI berumur 13 tahun hingga 80 tahun.
πŸ“• Wajib ikuti semua pertemuan.
πŸ“’ Pembelajaran 2 hala.
πŸ“— Lebih fokus dan lebih detail.
πŸ“˜ Berjawatan bilal atau bukan bilal juga diterima.
πŸ“™ Boleh mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh AM atau Kerajaan.
πŸ“˜ Boleh ikuti tarikh, masa dan peraturan yang telah ditetapkan.
πŸ“• Menjadi 20 orang terawal LOCK SEAT.

KELEBIHAN SERTAI

πŸ“˜ Diberikan Kalendar, Taqwim, Silibus dan lain-lain
πŸ“• Menerima Sijil Penghargaan
πŸ“’ Diiktiraf dalam Majlis Konvokesyen
πŸ“— Berpeluang menerima pelbagai Anugerah Khas
πŸ“˜ Akan diadd ke group support FB Engkaulah Muazzin.

Β 

ANUGERAH

Anugerah Pelajar Muazzin Terbaik

Anugerah ini diberikan kepada 1 orang pelajar yang berjaya menunjukkan disiplin paling tinggi ketika sesi pembelajaran, paling tekun, hadir di setiap pertemuan hingga selesai dan mendapat markah tertinggi dalam ujian.

Anugerah Pelajar Muazzin Berdisiplin

Anugerah ini diberikan kepada pelajar (tiada limit) yang rajin dan hadir di setiap pertemuan hingga selesai.

Β 

PENYERTAAN TERHAD?

Kami hanya menerima 20 orang pelajar yang terawal membuat bayaran Pendaftaran mengikut cawangan.

Β 

YURAN

Yuran Pendaftaran : RM50.00

Yuran Bulanan : RM200.00 sebulan x 9 bulan

Kit Pengurusan Jenazah : RM200.00

Konvokesyen : RM250.00

TOTAL : RM2,300.00

* Lock seat dengan membuat BAYARAN PENUH iaitu sebanyak RM2,300.00.

Β 

APA YANG SAYA DAPAT JIKA MENDAFTAR DI PENGAJIAN TAHUN 2025?

Ya, Berita baik untuk pelajar yang mendaftar pengajian !!!

Mereka bakal menerima:

🟑 Cenderahati Eksklusif Akademi Muazzin
🟑 Kelayakan untuk Cabutan Bertuah Percutian..